Ya kerana kecewa.

Howdy! Macam macam style manusia menghadapi kekecewaan. Ada yang cari ketenangan sementara.. ambik dadah, mnum arak, jimba-jimba di disko . Ada yang duduk termenung, air mata berjurai jurai sampai migraine, tanya solan persis latihan tubi PMR tapi tak dapat jawapan pon. Ada yang jumpa kawan-kawan (pompuan la biasanya ni) minta moral support..lepas tu buat gilrs day out..pergi spa la..potong rambut la ..untuk dapatkan imej baru. Ada yang pecut kereta laju laju ..abende faedahnya entah la. Ada juga yang akhirnya telah kembali sujud kepada sang Pencipta. Apa pun cara kekecewaan dilampiaskan, kesimpulannya hanya satu..susah atau senang kena ada perubahan. Yang paling utama perubahan PADA DIRI SENDIRI kemudian barulah kepada punca masalah tersebut(if necessary). Ya, dari kecewa biasanya manusia faham erti bahagia. Dari kecewa manusia tahu erti berjaya. Dari kecewa manusia tahu untuk bersyukur. Banyak manfaat dari kecewa which can only be seen once we over it. Apa aku merep...