Posts

Showing posts from November, 2018

Mosque of Sayyidna Al Hussein, Cairo

Image
Masjid Hussain (Masjid geng Syiah) seberang jalan je dari Masjid Al Azhar. Yang kotak empat segi warna silver tu adalah Maqam Hussain, they believe that kepala Hussain ada di dalam kotak tersebut, ya tidak ada kepala dalam tu Wallahualam.        Masa I masuk ke dalam Masjid tu, I tengok ada beberapa perempuan dok sujud mengadap pintu masuk ke chamber Hussain tu, rupa2nya dia dok sujud ke arah silver box tu la.  Dan ada beberapa orang perempuan yang mengdap that siver box tadah tangan sambil berdoa dan sebak. Yang aku lak menyaksikan kejadian tu kerayan sorang sorang  sebab memang aku sorang je yang masuk masjid, geng lain pi shopping kat Egypt Bazar yang betul2 kat luar Masjid Hussain.

Mosque of Amr, Cairo

Image
Masjid Pertama di Cairo.          Pada suatu masa dahuluuu...Saidina Umur ingin membina masjid di tanah Mesir. Cara beliau menentukan lokasi Masjid adalah dengan berpandukan kepada kawanan burung merpati. Kebetulan burung merpati landing di atas tanah seorang Yahudi.  Lalu,  Saidina Umar minta untuk membeli tanah tersebut, bagaimanapun Yahudi itu enggan menjualnya pada apa apa harga sekali pun. Bagaimanapun, kebetulan Yahudi yang bernama Amr Ibn Al Abs melihat kata2 hikmat yang tertera pada sebatang (tanduk / tulang yang dibawa oleh Saidina Umar bagi tujuan dibina pintu gerbang) yang ayatnya kurang lebih..semua orang (rakyat atau pemerintah) adalah sama disisi undang2. Sesiapa jua yang melebihi undang undang nescaya pedang Saidina Umar akan mengenai tubuhnya. Yahudi itu sangat kagum dengan keadilan pemerintah Islam lalu beliau telah mewakafkan tanahnya untuk didirikan masjid ini dan memeluk Islam. Wallahualam. Sekian. `Cedok wiki~ The...

Fayyum , tasik di padang pasiaq

Image
    Semalam kami ke Fayyum, melawat Fayyum Oasis yang buat aku terngaga tengok ada tasik tengah padang pasir. Tasik ni dikatakan sebagai tempat dimana Allah timpakan gempa bumi dan menelan seluruh harta Qorun lantaran Qorun enggan mengluarkan zakat. Pastu kami ke Palace of Qorun pula. Hebat teknologi architecture mereka, siap ada jam cahaya dan macam2 la.      Kita boleh melawat masuk dalam Palace tu. Lepa s tu mereka (aku malas dah nak menapak) ke kincir air dari zaman Nabi Yusoff. Diriwayatkan, king pada zaman Nabi Yusoff bermimpi dan mimpinya telah ditafsirkan oleh Nabi Yusof sebagai, Fayyum akan subur selama 7 tahun dan 7 tahun kemudiannya akan kemarau. Maka Allah SWT mengilhamkan kepada Nabi Yusoff cara membuat kincir air dan selamatlah Fayyum sewaktu 7 tahun kemarau tersebut.  Terdapat kira2 300 kincir air sekitar Fayyum dan 1 yang tinggal ini telah berusia 3000 tahun lebih dan masih berfungsi! OK, sila ternganga ya.

There is no place like home

Kami banyak visit Masjid sepanjang tour ni, tapi aku x nampak pun sesiapa buat solat sunat tahayatul masjid TERMASUK AKU. Seronok lagi masa di Palestine, ustaz yang bawa kami ke setiap Masjid selalu pesan, buat solat sunat, buat solat sunat.  Tapi aku rasa sebabnya trip yang ini x buat solat sunat tu adalah kerana..bapak la susahnya nak jumpa tandas untuk wanita, kalau ada tandas pun keadaannya kussemangat dan tempat wudhuk tak berapa mesra, ada tu kena angkat kaki ke sinki, kalau terlentang confirm lebam weh.  Apa pun, there is no place like home. Malaysia punya musollah dan masjid mesra pengguna. Surau R&R Msia pun bagus. Ok. Aku rindu Msia dah  😂

Mim Sod Ro ( MESIR)

Ustaz dalam group kami kata, MESIR ni maksudnya menurut ejaan.  MIM represent MUSIBAH . Banyakkk musibah menimpah tanah ini dan kita yang ke sini pun banyak cabarannya. Nak solat kena cepat2 sebab bas x leh tunggu lama, dan lain2 cabaran lah.  SOD represent SABAR , hati Banyak kena sabar bila di sini, ya la nak ambil wudhuk kena sabar, nak kencing kena sabar, belaka belaka la sabar.  Dan akhirnya RA represent Redho . Selepas segala musibah, kita sabar dan akhirnya kita redho  😊

Maqam Nabi Daniel & Loqmanul Hakem.

Image
  Diriwayatkan bahawasanya..a long long time ago, masyarakat di Iskandariah ni pernah memuja sekujur jasad ( Nabi Daniel) yang telah berusia 300 tahun tetapi tidak reput.  Justeru Saidina Omar telah mengarahkan agar 13 kubur digali di sekitar Mesir untuk mengelakkan dari aktiviti memuja jasad Nabi Daniel tersebut. So, till today we have no idea di manakah jasad Nab i Daniel sebenarnya.  NB - Mukjizat Nabi Daniel, once upon the time ada sorang King mengarahkan agar Nabi Daniel dicampakkan ke dalam kandang Singa, dengan kuasa Allah SWT, singa2 tersebut tak makan pun Nabi Daniel, infact singa2 tersebut menjilat wajah Nabi Daniel. 2nd story, Loqmanul Hakem well..buat la research sendiri ya. Heee...aku malas dah menaip dalam bas. Pening. Owh yaa...last but not least, jangan la buat vandalism..buat malu jer