Satu hari di kantin Mahkamah Temerloh

Antara yang best pergi Mahkamah adalah bila kita menang kes (yang datang bersama-sama legal fees yang lebat) atau bila dapat menumpaskan lawyer lawyer yang eksyen giler (geng2 aku eksyen jer tapi tak giler. After all mana ada orang gila ngaku dia gila kan) dan kadang-kadang ada juga kejadian bila kita happy kalah kes terutama bila client degil nak mampos dot com. " Aku dah kata..tok sah saman ko nak jugak kan..rasakan lah! Ngeh!)

Tapi for me yang paling best pergi court kat lubuk sendiri adalah..bila dah habis kes, ramai2 kami pergi makan kat kentin Mahkamah. Owhh..di Temerloh we call it canteen u know.. bukan cafeteria. After all..what is so grand about cafeteria kalau makanan teastless tapi harga..rocket high. Im bless!

Anyway..satu hari di kantin MahkamahTemerloh..


Satu lawyer ni anak Auntie Am (3A), he was the last to joint us yang adalah dekat 10 ketul kat satu meja berkembar. So 3A ni pasang rokok dan tiba2 client dia approached dia. Dengan penuh gaya.. 3A cakap dengan client dia dgn rokok terjungkit kat bibir  mcm nyonya dalam cerita Kungfu Hustle. Errmm..sekilas tengok nampak otai giler!
 
 Aku pun cakap la kat satu lawyer, selepas ini   dirujuk sebagai Man Jerantut (MJ) :-
 
Aku : Ehh..Man, lepas ni aku nak hisap rokok jugak la bila jumpa clien, nampak macho sikit.

MJ : Rokok nyale ke tak?

Aku : Ikhs..tak kan nak nyala lak kan..( aku bukan smooking pun)

MJ : Eh, tak pe. Ada jual satu key chain tu yang bentuk rokok. Ko guna yang tu jer la letak kat mulut. Client bukan tau pun. (Amboii..bistarinya beliau)

Aku : A'ah laa! Pandai-pandai. Aku guna  key chain rokok tu letak kat mulut, pastu tetiba terjulur keluar rantai dengan bende bulat dari mulut aku. Rantai key chain la apa lagi. Mesti client aku kagum punya lah! Ha3.

Can you imagine..muka lawyer punya la serius lagi seriau lagi rimau..tetiba keluar rantai besi kat tepi mulut.. agak2 korang tengok je ke..atau..korang berani nak tegur, hehehe.. Yang hampeh tu 3A tak sedar pun kami tiga pat orang tergelak berjemaah sebab apa. So siapa kata tak best jadi lawyer? Beh ooo...




Comments

Popular posts from this blog

Mount Jubar 1

Mount Bongkok

Gubahan daun pandan