Dilwale : My advice is go and watch it with ZERO expectation. Saya berfikiran bahawa filem Dilwale ini adalah sangat ringan, seringan gas dan mungkin jika anda sangat bertuah anda akan keluar pawagam dengan kegembiraan seolah olah baru lepas menyedut gas Dinitrogen oksida secara percuma. (pi google cepat side effect of nitrous oxide, jangan malass ). Kalau nasib anda tidak baik, anda akan keluar pawagam dengan muka ketat, penumbuk digenggam erat dan di hati terpahat azam yang padu tidak akan menonton filem Hindi di pawagam lagi. Saya tidak akan membincangkan tentang naratif ceritanya, agar tidak mencacatkan minda langsung mengencatkan klimak bakal penonton Dilwale. Saya hanya akan merapu secara ringkas sahaja. Dilwale adalah sebuah filem HURU HARA. Saya berfikiran bahawa penulis filem ini Cuba keluar dari kepompong biasa filem filem Hindi dan mencuba untuk menyerap masuk serta menyesuaikan diri dengan keadaan dunia filem semasa, iaitu tentang sibli...