Dilwale : My advice is go and watch it with ZERO expectation.
Saya berfikiran
bahawa filem Dilwale ini adalah sangat ringan,
seringan gas dan mungkin jika anda sangat bertuah anda akan keluar pawagam dengan kegembiraan
seolah olah baru lepas menyedut gas Dinitrogen oksida secara
percuma. (pi google cepat side effect of nitrous oxide, jangan malass). Kalau
nasib anda tidak baik, anda akan keluar pawagam dengan muka ketat, penumbuk
digenggam erat dan di hati terpahat azam yang padu tidak akan menonton filem
Hindi di pawagam lagi.
Saya tidak akan membincangkan tentang naratif ceritanya, agar tidak mencacatkan minda langsung mengencatkan klimak bakal penonton Dilwale.
Saya hanya akan merapu secara ringkas sahaja. Dilwale adalah sebuah filem HURU HARA. Saya berfikiran bahawa penulis filem ini Cuba keluar dari kepompong biasa filem filem Hindi dan mencuba untuk menyerap masuk serta menyesuaikan diri dengan keadaan dunia filem semasa, iaitu tentang siblinghood. Alaa nak cedok idea Frozen la konon kononnya, nak menunjukkan kasih sayang diantara adik beradik. Betapa adik beradik itu saling melindungi dan betapa kakak atau abang akan berkorban apa sahaja untuk adiknya yang berkelakuan kurang matang. Tak ada idea baru cuma perkembangan cerita sahaja, campur aduk dengan tembak2, tumbuk2 dan Audi sana sini.
Anda bakal menyukai perkara – perkara berikut :
(1) Cinematography. Saya mengaku mata saya jadi extra besar sewaktu adegan nyanyi2 joget2 peluk2 lagu Gerua (Colour of love) perghh.. memang cantik. TETAPI sayangnya saya tidak suka suara penyanyinya. Kalau anda familiar dengan “suara Shah Rukh Khan” menyanyi maka bersedialah untuk kerutkan dahi kerana depa dah tukaq penyanyi lain. Jadinya Nampak macam pedaoh jer bila SRK miming. Sakit hati pun ada. Kajol pun sama lah..tiba2 keluar suara gemersik macam pelesit menyanyi.. ikhsss.. tikam telinga rasanya.
(2) Kejelitaan Kajol : Saya mengaku saya nak tumbuk budak perempuan di sebelah saya yang setiap kali close – up wajah Kajol dia akan beritahu BF disebelahnya..” Eee cantiknya!” “Eeee..cantiknya!” pastu kadang2 saya terperasan yang awek tu lepuk lengan bf dia sebab bf dia tak respond. Berbicara tentang kejelitaan Kajol, saya rasa sangat alien wajah beliau. Sambil menikmati kejelitaan barunya otak saya letih me recall wajah lamanya. Kajol kelihatan putih jernih, mungkin dia makan que puteh, entah lah, whateva. Apa pun..saya lebih sukakan wajah lamanya yang asli.
OK, dua perkara ni sahaja yang saya suka tentang
Dilwale. Yang lain lain, errmmm.. tidak
layak mendapat pujian saya baik dari
segi jalan cerita, moral cerita, kesimpulan cerita.
Kritikan tentang Dilwale : Terlebih dahulu, dengan izin, sebelum sebelum ini, saya sukakan gandingan Kajol & SRK kerana, apabila menonton lakunan mereka akan timbul satu perasaan yang amazing sangat kerana bayangkan seorang lelaki yang kacak, kelakar, berjiwa sensetif boleh jatuh cinta malahan merebut cinta daripada seorang wanita yang berwajah biasa sahaja, berkulit sawo matang, body tak seksi dan berkelakuan keanak anakkan, pengasar dan malah Kajol bukan rebutan sesiapa, just a humble Kajol. Somehow.. somehow it give people like me a false hope. I easily hanyut bila menonton Kajol yang biasa biasa itu, terasa seolah olah Kajol itu adalah saya. Setiap kali SRK menyintai Kajol maka setiap kali itu lah juga kejadian magic berlaku. Giteww..
Tapi malangnya di dalam Dilwale ini, Kajol dengan
penampilan baru yang berwajah sangat jelita ((Dengan izin, Kajol Alien, tapi
tangan tak cantik..urat2 timbul..kasar macam tangan jantan…ehem!) walaupun
berperangai sangat Bitch dan bla bla bla..telah terjatuh cinta dek seorang
samseng yang telah bertaubat yang berwajah serabai. Alaaa..common laa.. apa nak
hairan kalau hero muka banduan tergila gilakan awek cun. What is so new about that?
What is so new about a beautiful bitch terpaut dengan beast yang bendul? Apa yang hendak diangan angankan oleh penonton? Apa yang magicnya?
Tentang Siblinghood. Alaa..ikhss..malas la nak komen, sebab Diwale ini tidak Berjaya meyakinkan saya tentang ketulenan kasih sayang mereka. Baik SRK mahupun Kajo..both pun fail.
What is so new about a beautiful bitch terpaut dengan beast yang bendul? Apa yang hendak diangan angankan oleh penonton? Apa yang magicnya?
Tentang Siblinghood. Alaa..ikhss..malas la nak komen, sebab Diwale ini tidak Berjaya meyakinkan saya tentang ketulenan kasih sayang mereka. Baik SRK mahupun Kajo..both pun fail.
KESIMPULANNYA :
Dilwale ni boleh ditonton sekali sahaja dengan syarat minda anda
mestilah benar2 kosong.
Comments
Post a Comment