Posts

Showing posts from July, 2017

Mount Bongkok

Image
Projek terakhir sebelum tibanya Ramadhan Al Mubaraq. 6 & 7 Mei, 2017 kami (5 peserta + 3 guide) ke Mount Bongkok & Lata Berembun yang letak nya di Mukim Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.  Mount Bongkok boleh dikatakan gunung yang masih belum ramai menjejakinya, masih asli dan tiada langsung palitan komersial. Tiada arah papan tanda, tiada tangga buatan manusia. Tetapi tali untuk membantu pendaki dan ada juga tanda penanda arah yang serba ringkas ada lah disediakan. Pada awalnya saya dimaklumkan oleh Fairuz Abas (Guide kami) bahawa untuk mendaki Mt. Bongkok lebih kurang seperti mendaki bukit terakhir di Mt Jubar 1. "satu bukit jer kak..memang mencanak tapi bolehnya". Errmm..dipendekan cerita..bahagian azab hanyalah 100 meter terakhir sebelum ke puncak. Panjat batu yang hampir 90° tegak dengan menggunakan tali. Hehehe... try la sendiri memang best. Owhh lupa, sebelum ke kaki Mt Bongkok kami menaiki 4x4, nak berjalan kaki pun boleh, tepuk dada tanya selera. ...