Mount Bongkok



Projek terakhir sebelum tibanya Ramadhan Al Mubaraq. 6 & 7 Mei, 2017 kami (5 peserta + 3 guide) ke Mount Bongkok & Lata Berembun yang letaknya di Mukim Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. 


Mount Bongkok boleh dikatakan gunung yang masih belum ramai menjejakinya, masih asli dan tiada langsung palitan komersial. Tiada arah papan tanda, tiada tangga buatan manusia. Tetapi tali untuk membantu pendaki dan ada juga tanda penanda arah yang serba ringkas ada lah disediakan.

Pada awalnya saya dimaklumkan oleh Fairuz Abas (Guide kami) bahawa untuk mendaki Mt. Bongkok lebih kurang seperti mendaki bukit terakhir di Mt Jubar 1. "satu bukit jer kak..memang mencanak tapi bolehnya".

Errmm..dipendekan cerita..bahagian azab hanyalah 100 meter terakhir sebelum ke puncak. Panjat batu yang hampir 90° tegak dengan menggunakan tali. Hehehe... try la sendiri memang best.

Owhh lupa, sebelum ke kaki Mt Bongkok kami menaiki 4x4, nak berjalan kaki pun boleh, tepuk dada tanya selera.









Saya tidak ingat berapa lama saya ambil masa untuk sampai ke puncak, tetapi waktu menurun kami hanya mengambil masa 2 jam sahaja.

Mt Bongkok terdapat banyak pacat yang saiznya subhanallah besor! Memang kami menerima sambutan hangat dari pacat pacat! hahaha, yang bestnya, tidak seperti di Mt Jubar 1, di Mt.Bongkok tiada serangan agas. Syukurr..




Selepas turun dari Mt. Bongkok, kami menuju kembali ke SK Pawang Nong untuk mengambil beg2 kami dan seterusnya menaiki 4x4 semula menuju ke Lata Berembun.




Saya ingin mengambil kesempatan untuk memuji pemandu 4x4 Ulu Cheka ni. Giler cekal hati drivernya...sampaikan Zela Azni Nahizan & Fahmi Daud pun salute habis la pada dia. Habis segala anak sungai..batu batan..longkang mongkang dia sapu.

Kemudian kami kena berjalan sejauh 6km untuk sampai ke Lata Berembun. Untuk ke campsite Lata Berembun kami mesti menyeberangi sungai. Kebetulan hujan pada malam sebelumnya.. perghh..air tinggi, dan proses menyeberang sungai tersebut agak menakutkan tetapi awesome. No tali, no kayu..we put our faith in the hands of the line-up and the guide. Terima kasih awak awak awak semua.

Campsite sangat luas dan bersih. Ada dua sungai di campsite tersebut. Kami yang ladies ni biasalah..sampai2 terus terjun sungai. Let the boys la pasang fly & ground bagai.

Seronok mandi di Lata Berembun. Airnya jernih (yang sungai kecil tu) sejuk, segar, bersih dan semua semua la.



Malam itu kami makan macam VVIP gitue. Tak sangka sungguh, kami dihidangkan dengan Pais Patin, Kambing bakar black paper, Pais Tilapia, nasi panas2, kopi O yang disyaki dah dikangkang dek Fahmi, sebab sedap sangat. SubhanAllah. Burrbb... Alhamdulillah. 





Lepas makan kami lepak di bawah satu fly dan mendengar Bentara Guru berkongsi cerita dan pengalamannya mendaki ke gunung2 dalam Malaysia dan luar negara, dengan back ground music bunyi aliran sungai. Mana nak dapat wehhh... Syukur nikmat dan peluang yang Allah berikan kepada kami.

Malam itu kami semua tidur lena...Zzzz....

Esoknya, kami ke air terjun (saya tak pasti namanya apa) but we have to walk dalam 5 minit jer kut.. dan memang awesome giler!! Oleh sebab saya dengan Iylia Izyani Abu Chek adalah anak ayam..maka kami hanya bermain di gigi air...jadilah. Seronok juga..

Dah puas main air..kami lunch. Baham nasi dengan daging salai masak lemak. Huihh...lumayan. Punya la banyak dimasknya sehingga kami boleh berkongsi dengan tetamu dari kumpulan yang lain dan terus Unlce dari kumpulan tersebut mencadangkan Kucai Kuzey berpindah ke KL dan buka restoren di sana. Amboii...

Akhirnya..tibalah masa pulang ke rumah. Kami pulang dengan memori yang manis, pengalaman yang menarik dan kesyukuran yang sangat2. Terima kasih kepada semua, semoga ukhwah kita terjalin erat.

**Saranan saya : Ada peluang..pergilah ke Mt. Bongkok adn Lata Berembumn. Its worth it**

Nota Kaki : Untuk gambar sepenuhnya sila usha FB Bentara Guru. Saya tiada gambar memanjat tali, jatuh terkangkang, dan video meyeberang sungai.

** Untuk tujuan rekod : Waktu turun dari Mt Bongkok saya telah melalui percubaan menangkap biawak sebanyak 12 kali. hahaha**

**Rekod lanjut : Ini lah Gunung yang saya paling banyak banyak banyak kali nak give-up. Baru 50m pertama saya dan merintih nak give-up. Saya bergayut pada dahan pokok dan saya halau sweeper suruh naik sorang2 saya nak give-up. hahaha..lepas tu sweeper keluar ayat Sarjan dia.. "Naik jer la kak..sikittt jer lagi" sambil menjeggilkan matanya yang memang sedia bolat tu..dan saya pun selepas kena jeggil tu, lepas pun naik ke puncak ðŸ˜‚ Yeayy!!** Drama Tamil aku buat atas Mt Bongkok tu kau..adess..

Comments

Popular posts from this blog

Mount Jubar 1

Gubahan daun pandan