Posts

Showing posts from September, 2017
Image
CHAPTER #1 Ada budak tu, subuh semalam terjerit2 nak keluar sangkar, Kakak hati tisu ni lepaskan lah dengan niat lunch nanti masuk la sangkar semula. Tapi semalam Kakak kerja luar daerah, jadi budak tu banyak extra time di luar sangkar. Ditakdirkan semalam senja hujan turun dengan lebatnya dan batang hidung budak tu tak kelihatan. Tok jadi risau tak keruan, time time Magrib Tok tawaf keliling rumah sambil meneriak Anom! Anom! Tapi tetap budak tu tak muncul muncul. Selalunya..1 atau 2 minit lepas dipanggil dia akan balik..tapi semalam membawa ke Subuh dia tak balik balik..dan hujan terus bercurahan... CHAPTER # 2 Subuh hari ni tiada wake-up call nyanyian minta makan dan minta dilepaskan untuk budak itu melepaskan hajat. Subuh tadi Kakak pandang sangkar yang kosong, sambil tarik nafas dalam dalam dan cuba untuk kekal positive. Agaknya semalam hujan jadi budak itu takut berjalan di dalam hujan dan mungkin sekejap lagi balik lah budak tu. Sayup2 terdengar Tok yang selesai solat subuh a...
Image
~My win photo today!!  😍 😍 😍 ~ Dah dua hari Nom makan breakfast jer...tolak lunch..tolak dinner..tolak wet food..tolak McD semalam. Tapi tadi kakak paksa dia telan ayaq nyok 10ml. Pastu dok sat ni Nom volunteer makan 1 peha + 1/2 dada ayam goreng McD. Wahhh...terharunya kakak. ~Serius x faham..Nom x nak makan kakak nangis. Nom makan pun Kakak nangis~  😅 😅  mungkinkah Nom nak makan McD fresh jer..McD semalam dia tak mahu? Owh well Nom..ketahuilah oleh mu..Kakak sanggup beli McD hari2 asalkan awak nak makan. Kakak janji..huhuhu... 
Safer remedy for Sporo? Dok baca2 secara random medical journal (perghh..Ayu baca medical journal baqhang) baca Malaysian Law Journal 5 kes sebulan pun malas. Anyway...saya baca bab sporo kucing, dan barulah saya tahu rupanya Malaysia ni agak famous gak dengan sporo kucing sejak 1990. Di Brazil, sporo kucing ni pernah jadi outbreak la. Scary! Punya la Malaysia ni femes dgn sporo kucing tapi x ada pharmacies ke scientist ke , biologiest ke nak create ubat yang kurang merbahaya kepada internal organ kucing. Merawat kucing sporo ni, I personally think ia lebih rumit dan berisiko daripada menjaga pesakit Aids. ~risau, sedih, hopefull : All feeling mixing up~