CHAPTER #1

Ada budak tu, subuh semalam terjerit2 nak keluar sangkar, Kakak hati tisu ni lepaskan lah dengan niat lunch nanti masuk la sangkar semula. Tapi semalam Kakak kerja luar daerah, jadi budak tu banyak extra time di luar sangkar. Ditakdirkan semalam senja hujan turun dengan lebatnya dan batang hidung budak tu tak kelihatan. Tok jadi risau tak keruan, time time Magrib Tok tawaf keliling rumah sambil meneriak Anom! Anom! Tapi tetap budak tu tak muncul muncul. Selalunya..1 atau 2 minit lepas dipanggil dia akan balik..tapi semalam membawa ke Subuh dia tak balik balik..dan hujan terus bercurahan...

CHAPTER #2

Subuh hari ni tiada wake-up call nyanyian minta makan dan minta dilepaskan untuk budak itu melepaskan hajat. Subuh tadi Kakak pandang sangkar yang kosong, sambil tarik nafas dalam dalam dan cuba untuk kekal positive. Agaknya semalam hujan jadi budak itu takut berjalan di dalam hujan dan mungkin sekejap lagi balik lah budak tu. Sayup2 terdengar Tok yang selesai solat subuh agaknya, bertawaf keliling rumah memanggil Anom Anom mendayu dayu... tapi budak itu tetap tidak kelihatan kelibatnya. Kakak terus membatukan diri di dalam bilik, tak sanggup menyaksikan kejadian yang mensayukan (is there such a word?) Itu. Diam diam Kakak berdoa kepada yang Esa, mohon pertolongan...sekiranya budak itu ada peluang untuk pulih dari sporo maka tunjukkanlah jalan balik kepadanya, dan sekiranya tidak maka permudahkan lah segala urusan dia dan ringankanlah azab penderitaannya. Kakak mode wet tissue hari ini.


CHAPTER #3


Kakak pulang kerja sampai ke rumah di hujung waktu Maghrib. Setiba di pagar rumah kakak terus memanggil (A)nom dan menerpa ke sangkarnya. Masih kosong! 😢 oleh kerana waktu Maghrib hampir tamat maka Kakak bersegeralah dengan urusan yang sepatutnya. Dalam sujud Kakak mohon doa yang sama. Entah mengapa waktu makan malam, nasi yang dikunyah terasa kelat. Usai makan Kakak ajukan soalan kepada Tok, ""Nom ada balik?" Jawabnya..."Tak ada. Hari ni banyak kali panggil dia tak ada juga." Terdengar seperti bunyi sebak dalam bait bait perkataan Tok. Kakak seperti biasa selalu berlagak gagah menjawab... kalau ada umur dia..balik lah budak tu nanti. 

CHAPTER #4

Sambil menonton TV, Tok terus bercakap..."Hari Tok Bali (Besan Tok) datang Ahad lepas, Anom ada masuk ke rumah, dia nak duduk di tengah tengah orang di ruang tamu ni. Mak renjis air kat dia, suruh dia keluar. Merajuk agaknya Anom tu. Mentang mentang la aku sakit dan buruk, ouk halau aku ya." Kakak played deaf..sambil di dalam fikiran terbayang kejadian malam Isnin sebelum kehilangan dia, Anom makan sup ayam campur halia yang Kakak buat, habis bersih dijilatnya pinggan dia. Sukamya hati Kakak. Tapi malam itu sambil kakak selimutkan sangkar budak itu..hati kecil kakak tergetus berkata. "Eh..busuknya budak ni." Sedang fikiran menerewang...teringat orang dulu dulu kata...kucing kalau baunya busuk maksudnya ajal dah dekat dan Kakak yang sedang menonton Bersama Mu TV3..sebak..


CHAPTER #5



Jam 10.30 malam waktu prima Tok beradu. Sebelum ke kamar tidurnya Tok ke dapur dan sambil berjalan Tok bermonolog seorang diri.."Tak ada dah Anom. Ntah ke mana lah perginya. Haih..Anom, Anom" tiba tiba terdengar seperti bunyi budak tu. Kakak bingkas bangun menerpa keluar rumah dan memanggil namanya. "Nom?!" "Meow" jawab sesusuk tubuh itu yang memandang tepat ke arah Kakak dengan mata yang bulat! Alhamdulillah! Syukurrr! Kebetulan Tok datang ke depan dan terus kakak umumkan kepulangan putera bertuah ni sambil terus Kakak ke dapur menyediakan santapan untuknya. Di dapur kedengaran Tok membebel2 memarahi Anom yang tak pulang seharian 😂😂😂 Eleh, marah kunun... ~Leganya hati buah hati jumpa jalan balik dan sedang tidur lena kerana keletihan~


Comments

Popular posts from this blog

Mount Jubar 1

Mount Bongkok

Gubahan daun pandan