Aku sebahagian darinya...

Wow..its has been a very long time.. the last time I spoken my mind. Howdy world?
 
Tadi terjumpa satu blogger membicarakan tentang istimewanya wanita. Sambil membaca tu..Keh berfikir..does it applies to all women? Berfikir lebih lanjut..adil kah ini sepertimana yang diperkatakan (about married women to be exact)? Kenapa begitu cetek pandangan ini hanya membicarakan tentang wanita yang telahberkahwin.. bagaiman dengan sister seIslamnya yang tidak berkahwin (bukan di atas kemahuan sendiri, bujang not by choice la..mudahnya) Kalau ku fikir lebih lanjut.. takut2 iman keh terlucut. So I just stop.. Malas nak fikir lagi..bukan tak mboh fikir langsung.. 
 
Tiba2..idea di bawah ni muncul. Ntah la nak panggil apa..ayat penyata? Teka keti..syair? Sajak? Gurindam. Hurmm..call it what you want..but bottom line is.. berapa ramai yang terfikir akan nasib golongan yang kini bukan lagi minority. Dan aku..sebahagian darinya...

Bertuahnya wanita bersuami.. berkahwin lengkaplah agamanya... ibadatnya mendapat pahala  gandaan..dosanya dosa dikongsi..punya anak terbukti dan  sempurnahlah kewanitaannya......punya anak lelaki dialah penjaganya hingga akhir hayat ..matinya pasti berteman..di akhirat kelak pasti punya perlindungan..

Cilaka kah wanita tiada bersuami..masih tidak lengkap agamanya.. amalannya tiada pahala ganjaran..dosanya ditanggung sendiri. Tidurnya tiada berteman. Tiada pernah terbukti kewanitaannya. Tiada penjaga sehingga ke akhir hayatnya..hidup dan matinya bertemankan kesunyian..diakhirat kelak tiada perlindungan.. cilakakah wanita tiada bersuami?

…..

Comments

  1. itu hanya pandangan sesetengah manusia. Sebagai manusia yang berfikir,kita perlulah menilai sesuatu tidak hanya bergantung kepada satu perspektif sahaja. Setiap manusia itu ada keistimewaannya. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya :)enjoy Single club !!!!

    ReplyDelete
  2. setiap insan dilahirkan berpasangan,insya Allah,akan bertemu jua pasangan yg ditakdirkan utk kita,siapa kata wanita belum berkahwin tidak lengkap agamanya?yang menentukan lengkap atau tidak hanya yang Maha Esa,amalannya tetap diberi ganjaran pahala,dosa dan pahala ditentukan oleh diri sendiri,dia gandakan dosa dan dia juga gandakan pahala,kewanitaannya boleh dibuktikan dengan santun budi bahasa nya,penjaga nya adalah ALLAH..bagaimana dengan MARYAM yang selamanya tidak bersuami?wanita solehah itu siapa pelindungnya nanti?dia tidak bersuami tetapi di dalam alquran dia masih dicintai,dia masih dicintai (ALLAH),so saudari,ALLAH mencintai saudari dan mahukan saudari mencintainya dan skrg Mungkin "melarang" manusia mencintai saudari,berbahagialah saudari kerana cinta saudari tidak perlu dibahagi2 :)..dan tidak celaka bagi wanita yang tidak bersuami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree on everything uttered. Cilaka atau tuah..adalah hasil perbuatan sendiri, takdek kena mengena dgn bersomi atau bujangan.. heee

      Delete
  3. Inilah antara kandungan oleh blogger tersebut..

    Wanita....perlu taat kpd SUAMI tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah IBU adalah seorang wanita ?

    Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

    Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

    Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita : (1) IBUnya ,(2)ISTERInya (3)anak perempuannya , dan (4) saudara perempuannya.

    Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : 1. SUAMInya, 2. ayahnya, 3. ANAK LELAKInya dan 4. saudara lelakinya .

    Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya CUKUP DGN 4 SYARAT sahaja :
    1. sembahyang 5 waktu
    2. puasa di bulan Ramadhan
    3. taat kepada SUAMInya dan
    4. menjaga kehormatannya .
    ** Tak cukup syarat ke-3 no paradise for kah*

    Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan SUAMInya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Mas yaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... (yang berkahwin isn't it. How about si bujangan)

    Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA

    Hurmm... ni siapa blogger ni ntah la. Disyaki club apa kebende tu..yang cinta suami tu. Yeah..what ever :-p

    This idiot just make God looks bad ok..what a setanic verse is this :-9

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mount Jubar 1

Mount Bongkok

Gubahan daun pandan