Posts

Showing posts from 2015
Image
~Dengan izin, kalau saya nak bakar kedai RM2 ni aci tak? ~ Enam bulan lepas saya ke Raub, saya terlihat pokok bunga matahari yang tinggi lampai mengeluarkan bunga yang lebih besar dari kepala saya, maka saya teruja ingin menanam pokok bunga matahari. Saya pun melilaulah mencari benih pokok bunga matahari di setiap nursery yang saya jumpa sepanjang perjalanan balik ke Mentakab. Tetapi tidak ketemu (sedey)  Tiga bulan setelah itu saya ke kedai RM2 tujuannya mencari botol air tet api apa yang saya temui adalah benih bunga matahari (Rujuk Pic 1) suka saya bukan kepalang, segera saya membeli 2 bungkus benih tersebut. Sambil membayar saya berangan2..bunga ini akan mekar Spring tahun hadapan. Pulang ke rumah..entah ke mana saya tersimpankan benih tersebut. Pendek cerita..baru sat ni saya terjumpa!! Hoyeahh!  Cepat2 saya ambil dan saya nekad untuk menanamnya malam ini juga! Saya keluar ke laman dan jula mengemburkan tanah dengan scope..berpeluh2 saya di malam yang tidak berbayu ...

Kanchanaburi

Image
~Kanchanaburi~     Saya berhenti makan udang pada usia 10.5 tahun setelah membaca sebuah buku cerita bertajuk “Korban Keretapi Maut”. Penulisnya saya tidak ingat, tetapi beliau berasal dari Kampung Batu Balai Jerantut dan beliau adalah salah seorang buruh paksa keretapi maut tersebut. Ingatan saya tidak jelas tentang bagaimana penulis terjebak menjadi buruh keretapi maut tersebut, saya juga tidak ingat di manakah kejadian tersebut berlaku dan segala seksaan dunia yang penulis serta buruh buruh paksa yang lain hadapi. Cuma satu yang saya ingat iaitu, sewaktu di dalam keretapi menuju ke Siam dari Merapoh, askar askar Jepun telah memberikan mereka nasi yang diletakkan di dalam timba besi dan di atasnya diletakkan lauk. Di dalam kegelapan malam dan kelaparan tersebut, penulis serta penumpang yang lain telah makan nasi dan lauk yang diberikan oleh askar Jepun itu dengan berselera sekali. Antara dialog yang saya ingat lebih kurang..”lauk apa yang putih putih ni ya?” “ Udang ag...

In memory of Digit (2006 - 2015)

Image
~1~ Subuh 2 Januari, 2015 pagi tadi, tiba tiba saya rasa seperti ramainya orang berada di rumah saya. Suasa seperti sangat ceria. Dalam kesibukkan itu saya tercari cari di mana Digit, dan saya ternampak Digit menyusuk masuk ke bilik emak. Saya ekori dia dan dia bersembunyi di bawah katil. Saya panggil Digit keluar, tetapi dia tetap membatukan diri. Oleh kerana bilik emak adalah kawasan larangan untuknya jadi saya terpaksa menariknya keluar dari bawah katil Mak dan saya berjaya. Saya pegang Digit dan saya perhatikan dia..Digit kelihatan bersaiz lebih kecil dari biasa dan Digit nampak aktif dan sihat. Saya sangat gembira dan memeluk Digit sekuat kuatnya dan mencium kepalanya sambil berkata "Digit hari ni kita pergi Vet ya, nanti kakak call Kak Jue (My friend in Kuantan yg selalu temankan Digit pergi Vet). I felt so relief and happy to see Digit segar dan sihat and very playful. (It has been a while Digit lost his appetite..makan sikit jer tapi minum banyak, but the past 48 hours..a...