Kanchanaburi
~Kanchanaburi~
h lulusan LL.B dan baca buku made in London, macam la lawyer lawyer lain grad LL.B (juga) tapi baca buku made in Lombok. Citpodah! Tapi, lawyer2 KL yang sangat otai mereka tidak sombong, yang sombong ni biasanya yang masih berhingus dan yang masih hijau~Ok ok..fokus kepada Kanchanaburi~
Saya berhenti makan udang pada usia 10.5 tahun setelah membaca sebuah buku cerita bertajuk “Korban Keretapi Maut”. Penulisnya saya tidak ingat, tetapi beliau berasal dari Kampung Batu Balai Jerantut dan beliau adalah salah seorang buruh paksa keretapi maut tersebut. Ingatan saya tidak jelas tentang bagaimana penulis terjebak menjadi buruh keretapi maut tersebut, saya juga tidak ingat di manakah kejadian tersebut berlaku dan segala seksaan dunia yang penulis serta buruh buruh paksa yang lain hadapi. Cuma satu yang saya ingat iaitu, sewaktu di dalam keretapi menuju ke Siam dari Merapoh, askar askar Jepun telah memberikan mereka nasi yang diletakkan di dalam timba besi dan di atasnya diletakkan lauk. Di dalam kegelapan malam dan kelaparan tersebut, penulis serta penumpang yang lain telah makan nasi dan lauk yang diberikan oleh askar Jepun itu dengan berselera sekali. Antara dialog yang saya ingat lebih kurang..”lauk apa yang putih putih ni ya?” “ Udang agaknya, tak mungkin ayam.” Masing masing pun makan dengan penuh berselera. Penulis menceritakan dengan cemerlang tentang bagaimana rasanya sewaktu ‘udang” tersebut digigit dan dikunyah sehinggakan saya yang baru 10.5 tahun itu dapat membayangkannya dan terpahat di minda sehingga kini. To cut the story short.. askar2 Jepun itu sebenarnya telah menjamukan mereka dengan daging oink oink…. Dan akibat darinya setiap kali saya mengigit daging udang saya akan luahkannya kembali. Sorry.. I just cannot go. Hehehehe.
Sejujurnya saya tidak tahu apa yang menanti saya di Kanchanaburi. Saya bersyukur yang saya telah menjejakkan kaki ke Kanchanaburi. Saya gembira yang saya telah ke sana. Mengapa? Nanti I story you okeh.
Masyarakat di Kanchanaburi lebih mesra dibandingkan dengan warga Bangkok. Orang town biasalah..”gong” lebih sikit, sama lah macam Malaysia juga. Tak perlu lihat jauh, pergi ke Mahkamah pun dah cukup. Lawyer2 Temerloh mesra alam, rajin bertegur dan bertukar senyuman. Kalau lawyer KL, Perghhhh!! Macam dia sorang jer la
Baik, lokasi pertama di Kanchanaburi kami ke ERAWAN WATERFALL. (EW) Jarak dari perhentian Bas ke Erawan Waterfall lebih kurang sejam perjalan dengan MPV. Kami semua tidoq lena sementara nak sampai (maksud tersirat adalah, kualiti jalan raya adalah baik)
1. Setiap pengunjung ke EW akan dikenakan bayaran. TB200 untuk penduduk tempatan dan TB300 untuk pelancong. **TB300 = RM3** EW mempunyai 7 tingkat. Di tingat 1 dan 2 ada ikan ikan kelah ( Kelah seperti di Sabah, badannya semua kelabu dan tiada tanda merah di siripnya) sebesar tapak kaki saya yang akan mengerumungi orang orang yang mandi di dalam sungai.
2. Untuk ke tingkat ke3, para pengunjung akan diperiksa bagasi mereka dan mengistiharkan berapakah botol serta plastic yang akan dibawa dan deposit sebanyak TB200 akan dikenakan bagi setiap barangan. Ini untuk mengelakkan pembuangan sampah ke dalam sungai.
3. Para pengunjung juga tidak dibenarkan untuk membuat bising (maksudnya no loud music), tidak dibenarkan berpakaian menjolok mata dan dikehendaki menghormati sensetiviti pengunjung yang lain. Saya sejujurnya kagum dengan rakyat Thailand kerana mereka akur dengan peraturan peraturan tersebut. Terasa nyaman dan seronok sewaktu di EW. Bunyi unggas dan aliran air sungai sangat mendamaikan. Owh ya, di sini juga banyak monyet, jadi awas ya makanan anda mungkin akan dicopek sang monyet.
4. Saya juga ingin memuji EW kerana banyak menyediakan tandas dan tandasnya bersih! Pengunjung Islam tidak perlu risau untuk “calit calit dengan tisu” sememangnya paip air disediakan di tepi setiap mangkuk tandas.
Sekiranya anda berpeluang ke Kanchanaburi, saya cadangkan anda beriadah di Erawan Waterfall.
Comments
Post a Comment