Mount Jubar 1
Gunung Jubar 1 / Mount Jubar 1 (MJ.1) terletak di Kg.Tengah Ulu Cheka, Pahang berketinggian 1541m, total perjalan pergi balik 24.5km . Oleh kerana MJ.1 baru dirintis maka untuk newbies sempot macam saya ni..perjalan pergi dan balik huhu boleh tahan punya azab tapi syiok! 08-04-2017 : Kami ber-20 orang ( temasuk 1 guide & 2 porter) memulakan perjalan dari Sekolah Rendah Pawang Nong, Kampung Tengah, Ulu Cheka dengan menaiki 4x4. Untuk sampai ke kaki gunung perjalan kurang lebih 12km dan mengambil masa 15 minit.
10am : Guide (Ali) briefing. Ringkasnya, matlamat pada hari ini kami akan ke camp-side ( Batu Gugup). Untuk sampai ke Batu Gugup kami akan melalui 3 check-point. Estimate perjalanan adalah 7 jam (tapi saya tanpa segan silu telah membuat 9 jam) Theee....newbies semput. Kira ok lah tu.
Seterusnya..biarlah gambar berbicara....
Diperkenalkan, Ali = Guide kami.
Perjalan ke kaki MJ.1, 12km kurang lebih 15 minit.
Kekami semua, pelbagai latar belakang, pelbagai umur dan pelbagai size. Thee..
Ok..start jalan. Best. Ada anak sungai..diseberangi dengan kacangnya. Maklumlah jalan landai..energy banyak lagi..sekejap je dah sampai Check Point 1.
Lepak jap kat CP.1. Perhatikan betul betul..senyuman masing masing..wow! manis bersari. Yummy!!
Compare compare kasut. Owhh..so sweet! hahaha
Laga laga kepala, ewahh...sweet sangat.
Ok. Time-up! Ali menuju ke CP.2.
Assalamualaikom Atok Gongok.
Rotan (under that cute feet) memang kategori besor! Agaknya kalau libas tengah belakang..confirm lumpuh. Besar sungguh!
jalan jalan jalan jalan..jumpa sungai! Cantik sungai dia. air jernih..sejuk..best. Kami berhenti sekejap dan isi minyak (read : Makan tengah hari)
Burpp..Alhamdulillah. Kita sambung jalan. He he he...Maka..bermula la acah acah adventure land tersebut. Naik. Turun. Menyusup. Membalak. Bertali. Dan yang sewaktu dengannya.
Sambung lagi...melereng gunung..masuk gua. keluar dua. group dah terbahagi tiga, hahaha Pendek kata segala galanya lah. Penat tapi Best!
Ali badang tarik guni 60kg sebelah tangan jer baq hang!
dan jalan la lagi..masa ni mungkin dah jam 5.30 petang kut..dah beransur gelap. Sehingga akhirnya sampai lah ke Camp Side Batu Gugup. Horray! Err..sebenarnya saya touch down Camp Side jam 7.30 kut..dah gelap dan tempat tidur dan makan malam sedang dalam process pun. Ya ya..saya insan terakhir sampai. Owh well..janji sampai dengan selamat. Alhamdulillah.
Dinner kami malam tu Chef Fairus & Aidil yang masak. Sedapp ooo...Kijang masak tempoyak. Huh..ko ada? Poppalih sedaknya. Dah makan kenyang kami pun padam. Errmm..kalau nak padam lena sila la bersiap sedia dengan Mosi Guard, sebab agas kat sini BAPAK LAH BANYAKNYA. berbintat muka kami semua. Maklumlah..agas2 kat sini sebelum ni lutu kulit khinzir je, jadi bila jumpa kami yang mulus ni..tudia..kenduri sakan la depa!
Next morning sebelum ke puncak. Ali briefing lagi satu round.
ke puncak anggaran 2 jam. Turun 2 jam. dan seterusnya nak balik ke 4x4 lagi 9 jam. Arghh...To late to turn back man.. So..hayun je la.
Memang susai nama tempat ni Batu Gugup. Sumpah pun..memang gugup bila memijaknya. Batu batunya bergoyang weh, maklumlah dah nak ke puncak jadinya tanah sangat sikit. Maksudnya batu batu tu bertindih satu sama lain jer dan dipegang oleh akar akar pokok. Tanah sangatt sikit.sebab itu ia bergoyang dan yang memijaknya berperasaan gugup. Ingat..pijak batu batu ni ...kena extra hati hati..sebab kalau jatuh, errmm...fikir la sendiri ya.
A picture worth a thousand word kan. So..buat la ayat sendiri berdasarkan gambar budak pakai cermin mata tu...
Punya la azab...hehehehe
Dan akhirnya.....
SUJUD SYUKUR!!!!!
WE MADE IT!!
Jam 12.30 tengah hari (kut) hehe
Geng Ngesot United.
So long MJ.1. Muacks!
Kami bertolak dari Batu Gugup jam 4 petang! Kenapa lewat sangat? Ntah...
(padahal tak nak mengaku..saya mengesot)
Dalam perjalanan balik, selepas sejam..hujan turun..turun..turun..selama 9 jam.! Hurray!! Jalan dalam gelap, licin , hujan dan sejuk. Perghhh..awesome! Tapi sebenarnya tak rasa sejuk pun..sebab banyak berjalan kut. Tapi 1 bende jer tak best..agas menyerang kami. Dah ler penat..so banyak bernafas ikut mulut kan.. dah tertelan agas. Yuck!
Bila bernafas ikut hidung pula..agas termasuk dalam lubang hidung. Eeee..memang la terrasa suweinya di situ. hahaha... Matinya agas di gua nostril. Hahaha...
Anyway..perjalan pulang mengeratkan kami 20 orang. Kalau bukan kerana perjalan pulang yang macam siot tu..mungkin kami semua yang asalnya dalam keterasingan kekal dalam keterasingan. Terima kasih atas layan mesra tapi sikit kijam MJ.1 kami jadi bertambah mesra dan itu lah ajonimoto journey ini. . Excellent line-up! SAAKK (Sayang awak awak ketat ketat)
Penutup : Kami touch down tempat 4x4 pada jam hampir 3am.
Semua sihat. Semua selamat. Semua penat. Semua hidup.
ALHAMDULILLAH.
** Kawan saya kata..saya bertuah sebab dapat naik MJ.1, sebab pada satu gunung ini..pelbagai disiplin disediakan. Takperlu naik pelbagai gunung lah maksudnya. wah..dalam azab ada untung. Syukur!**
Sis..bole minta contact guide Ali tu tak. Nak buat trip kemana jugak. Tq
ReplyDeleteYa Allah, dah setahun soalan ni rupanya. Maaf ya Cik, baru baca ni ha. saya x ada nombor Ali. Tapi nombor porter ada. Fairuz : 017-878 4817
Delete