Royal Belum break away

Ringkasan Hutan Royal Belum, Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hutan Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia.


Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.

Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!!

Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus.Antaranya adalah seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Disini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesis bunga terbesar.

Diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2003.

Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007.

Kawasan diwartakan seluas 117,500 hektar.

Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.

Dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir.

Belum, belum, beluuuummm! ini merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum.

Royal Belum mempunyai tiga dari 20 spesies bunga terbesar dunia itu di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. 
___________________________________________________________________________________________

Menarik? 

Yes. sangat menarik. But unfortunately my journey to Royal Belum tidak lah seindah yang saya impikan... 

First of all saya sangat berterima kasih kepada Teoh Ai Lingyang telah mempelawa saya untuk ke Royal Belum. Nak harap saya buat sendiri memang la tak terbuat dek saya. Teoh Ai ling ni kawan lamaaaaa saya. Kami kenal sejak kami bersekolah di Sekolah Rendah Abu Bakar Mentakab. Mind you..from level 7 to Level 41 lah!



Ringkasannya Ai Ling dari Kuantan singgah di Mentakab dan seterusnya kami ke TBS. Sepanjang perjalan kami berborak non-stop tentang cerita lama lama di sekolah rendah hingga la ke sekolah menengah. Banyak cerita tu wei... Owh ya..TBS tu adalah Terminal Bersepadu Selatan dan BUKANNYA Temerloh Bus Station. One should not get confuse..hehehe...

At TBS we immediately make friends with Khairun Hanis & Anne Thomas. Very bubbly personality and very friendly. We become instant friends and room mates. hahaha

I will cut the chase ya.. saya mengharapkan masa yang lebih panjang untuk berada di dalam Hutan Belum, Saya mahu lihat lebih banyak pokok, mungkin terserempak dengan monyet, atau nampak kelibat pun jadilah, menikmati nyanyian alam, menghirup udara segar bla bla bla..tap isemua ni saya tak dapat. 80% dari masa dihabiskan di atas Boat House. Enough said la kan. 






I will not write any further. Kesimpulannya, dapatan kita mungkin berbeza tentang Royal Belum. Saya butuh lebih masa dengan alam di daratan. Bagaimanapun, untuk tujuan rekod Teoh Ai Ling..I love your company and Anne & Hanis, nice knowing you. muah muah muah muah

**Mungkin lepas ni ai kena joint group penyelidikan..barulah dapat lebih masa di atas darat**

Comments

Popular posts from this blog

Mount Jubar 1

Mount Bongkok

Gubahan daun pandan