Posts

Showing posts from 2019

Dalam bunga ada bunga

Image
Teka teki : Dalam banyak banyak bunga, bunga apa dalam sekuntum bunga ada sekuntum lagi bunga? Jeng jeng jeng... sila zoom gambar, boleh nampak 1 bunga kecil dalam bunga besar 

Thank you

Masa aku darjah 6 dulu, English Teacher aku ajar, always use the word "Thank You" instead of "Thanks" when you speak to someone older. It shows manners.  Kalau cikgu aku tipu korang pun kena tipu juga la. Nasib la. But I personally think, when it comes to appreciating someone's effort, regardless their age always take the extra effort to say or to type a proper THANK YOU .

Freedie Highmore

Image
Ingat tak cerita Charlie and the Chocolate Factory? Ala cerita tahun 2005, tentang seorang budak miskin yang dapat tiket emas untuk masuk ke Willy Wonka punya kilang cokelat. Willy Wonka masa tu sedang cari pewaris, so dalam ramai ramai tu si Charlie yang berjaya mewarisinya. Apapun, sebenarnya hari ni nak cerita tentang budak nama Charlie atau nama sebenarnya Alfred Thomas "freddie" Highmore.  Mat Brit dia nih. Baru baru ni saya menonton drama siri The Bates Motel. Giler kau..5 seasons i.e 50 episode aku layan tanpa gagal. Cerita ini dicedok dari cerita asal tajuk psycho. (pergi google sendiri, cerita lama. Movie hitam putih) 1. The Bates Motel ni kisah tentang ibu dan anak (Norma & Norman Bates) yang ingin memulakan kehidupan baru setelah beberapa kekecewaan dan kegagalan. 2. Berbekalkan wang insurance dari kematian bapa kandung Norman, Norma telah membeli melalui lelongan awam sebuah Motel lengkap dengan rumah kediaman, serta sebuah kereta mercedes terpakai untuk m...

Awak nampak apa yang saya nampak?

Image
Awak nampak apa saya nampak?  😂 ~Me and my notty brain~

Ada baby ke?

Masa bayar lunch tadi :  Taukay : Eh..lamanya tak jumpa. Kami pun shake hands, sambil tanya khabar. Taukay : Urmm, minta maaf, tapi nak tanya boleh? Aku : Boleh. (Aku syak mesti soalan law ni) Taukay : Ada baby ke?   (Sambil pandang kat perut aku) *krik krik krik* ~Nasib baik dia tanya tu time aku dah kenyang...kalau tidak mau aku telan dia. Dah alang2 cakap aku gemuk kan  😂  aku bukan gemok la..baju aku tu ketat. 😜

Rezeki Lawyer kampung

Image
Rezeki Lawyer kampung. Client aku panggil aku Akok  😂   Client : Akok, ni untuk Akok saya ambil Sabtu lepas. Aku : Awak ternak lebah madu ke? Client : Ikhss..tak lah. Itu saya cari dalam hutan tu kok..payoh mencarinya. Aku : Whoaa! Pastu kami bantai berborak..lebah, tebuan, penyengat..habis keluar. Gajoh, kijang, landak. Aku pun melayann.. cerita kes dah ke laut. Tapi kesimpulannya aku harap ni Madu Asli la dan bukannya Madu Jampi  😂 😂 . ~Kadang2 Akok ni bergurau juga dengan client, walaupun sokmonya akok ni garang macam rimou~

anaphylactic shock

Image
~Macam biasa cerita aku panjang2, tapi berbaloi baca kut. It might save lives in the future. So dear future Heroes and Heroins, read on ok~ 1. Sepuluh tahun lepas (2009), arwah Bapak aku call masa aku kat Court. Dia tanya, Bapak : Awak tak tengok anak sedara awak masuk ward ke? Aku : Who? Bapak :  Iskandar Gen Aku : Why? Bapak : Sengat dek Lebah. Aku : How many? Bapak : One Aku : MUHAHAHAHAHA. How is he? Boleh makan tak? Bapak : Makan, bolehh.. Aku : Boleh makan OK la. Lambat lagi matinya. Then both of us burst into laughter. 2. Eksyen giler aku punya respond kan? Kenapa? Sebabnya, 30 tahun dulu (Kalau ikut tarikh hari ni la 2019) masa aku form one, aku kena sengat dek 13 ekor Penyengat. Ulang semula ya, tiga belas ekor (nak beri factor dramatic, hehe) Sumpah cakap nasib baik tak mati je. Badan aku naik gegata, kuku, bibir jadi biru dan badan menggigil sejuk. 3. Kekiranya kalau lambat sikit lagi pergi klinik, , racun sampai jantung, boleh lah tengok nama aku kat bat...

Auta lebih la Ayu

Image
Bersungguh aunty bakery ni try to convince me, ini biskut ya bukan "itu". Kesian pula aku tengok kesungguhan dia. Aku pun tanya, "Aunty, sampel ada?" "Sampel tak ada la" "Owhh..saya ingat nak try 1 kalau sedap saya nak beli." Korang percaya ke aku nak beli? Hehe, mesti tak percaya kan. Sama la, aku auta jer lebih. Apapun untuk tujuan rekod, Biskut ni Cute okay  😉

Ayaq merah dalam botol

Image
Katanya petua halau kucing supaya jangan 'melepas' di satu area letak air warna merah dalam botol. Ye ke? So I pun buat la..  Mula2 botol2 tu atas tanah, tapi ada yang panjang tangan pi sembat botol tu. Serius aku tak faham. Mungkin dia suka sebab size botol tu kecil, sebab botol besar dia tak sembat. Anyway, pastu aku pun ikat dan gantung botol2 tu. Pastu aku perasan macam eh..comey gak kerja ban gang aku ni  😂 . So, jawapan sama ada kucing takut ke tidak, Ya, jawapannya yang takut kepada botol isi air merah ni adalah manusia!  😂 😂 😂  masa proses aku mengantung botol2 ni kan, kalau ada kereta or motor lalu mereka akan slow down dan tengok, pastu ada yang horn dan signal kepala tanya "whats that' and knowing me..aku pun jawab...AIR JAMPI  😂 😂 😂 . Ok, on serious note, petua ni sebenarnya menjadi kepada anjing. Anjing dah x singgah tepi rumah aku, mereka akan lalu sahaja. Dan akibat dari anjing dah tak lepak tepi rumah aku apadia? Kucing mai...

Gubahan daun pandan

Image
Look at what I found in Pasar Temerloh. Koi :Cantik la, tangkai dia pun daun pandan juga ya. Makcik buat sendiri ni? Makcik Pasar : A'ah buat sendiri je. Bunga buat letak di meja kalau orang kenduri kawin tu yek. Buat hantaran bertunang pun boleh juga. Koi : Berapa se ni Makcik? Makcik Pasar : Se tu RM3 ambik 3 Makcik beri RM5 je. Ambil la dik kalau nak bertunang. *Koi kerenyeh ke Makcik tu pastu koi jawak : Saya boipren pun tak ande Makcik gooner nak bertunang  😂 . Takpa la Makcik, saya nak tengok je. Huhuhu..tak guna punya budak.