Freedie Highmore

Ingat tak cerita Charlie and the Chocolate Factory? Ala cerita tahun 2005, tentang seorang budak miskin yang dapat tiket emas untuk masuk ke Willy Wonka punya kilang cokelat. Willy Wonka masa tu sedang cari pewaris, so dalam ramai ramai tu si Charlie yang berjaya mewarisinya.
Apapun, sebenarnya hari ni nak cerita tentang budak nama Charlie atau nama sebenarnya Alfred Thomas "freddie" Highmore. Mat Brit dia nih. Baru baru ni saya menonton drama siri The Bates Motel. Giler kau..5 seasons i.e 50 episode aku layan tanpa gagal. Cerita ini dicedok dari cerita asal tajuk psycho. (pergi google sendiri, cerita lama. Movie hitam putih) 1. The Bates Motel ni kisah tentang ibu dan anak (Norma & Norman Bates) yang ingin memulakan kehidupan baru setelah beberapa kekecewaan dan kegagalan. 2. Berbekalkan wang insurance dari kematian bapa kandung Norman, Norma telah membeli melalui lelongan awam sebuah Motel lengkap dengan rumah kediaman, serta sebuah kereta mercedes terpakai untuk mereka memulakan hidup baru. Everything fine..redecoration process, sekolah baru, bla bla bla..tapi satu persoalan timbul..Macam mana bapa Norman boleh mati kemalangan? Jeng jeng jeng... 3. Seterusnya sehingga seasons 5, watak Norman berkembang pesat. Dari seorang anak yang baik dan manja, dari seorang remaja yang polos kepada anak muda yang bersopan santun. Tetapi ada konflik dalaman yang sangat "dark" Menda pulak la 'dark' dalam BM. Sigh... 4. Watak Norma juga sangat menarik. seorang ibu yang very protective, very cunning and very charming. Sanggup dia putar belit segala fakta janji Norman selamat. 5. Senang ceritanya, cerita ini tentang pesakit mental yang lewat menerima rawatan. Cerita tentang ibu yang over protective sampai jahanam semua benda. Ni la namanya sayang menjahanamkan. 6. Tetapi tak boleh nak salahkan Norma, sebab semasa Norma kecil dia menjadi mangsa penderaan. Ibu Norma mempunyai penyakit mental. Norma tak habis sekolah. Norma mangsa perkosaan. huihh..susah la jadi Norma ni. 7. Moralnya dari kisah ini adalah...foundation anak masa kecil adalah sangat penting. Keluarga yang porak peranda dan penderaan akan menyebabkan trauma. Jahanam anak tu nanti. 8. Pada akhirnya (aku malas nak cerita 50 episode ni) Norman telah menjadi serial killer. Setelah kematian Norma, kehidupan Norman semakin teruk, tak boleh dibezakan yang mana realiti dan yang mana halusinasi. 9. Sampai part Norman mati, aku betul betul rasa sangat kasihan kepada Norman. Walaupun dia kejam bunuh sana sini..tapi dia tiada pengetahuan tentang perbuatannya. Kesian wehh...sebab tu la Insanity is a defence under the law. 10. Kesimpulannya budak Highmore (Norman/Charlie) ni berlakon best la. kalau tidak tak kan dapat award kan.. This is a list of awards and nominations received by English actor Freddie Highmore. For Finding Neverland (2004) and Charlie and the Chocolate Factory (2005), he won the Critics' Choice Movie Award for Best Young Performer in two consecutive years. For five seasons, Highmore starred as Norman Bates in the drama-thriller series Bates Motel (2013–2017), for which he was thrice nominated for the Critics' Choice Television Award for Best Actor in a Drama Series.He made his screenwriting debut with the series, and in 2017 won a People's Choice Award for his performance. Also in 2017, he began starring as Dr. Shaun Murphy in the ABC drama series The Good Doctor, on which he also serves as a producer. For the role, he received his first Golden Globe Award nomination. 11. I am a new fan of #FreddieHighmore |
Comments
Post a Comment