anaphylactic shock
~Macam biasa cerita aku panjang2, tapi berbaloi baca kut. It might save lives in the future. So dear future Heroes and Heroins, read on ok~
1. Sepuluh tahun lepas (2009), arwah Bapak aku call masa aku kat Court. Dia tanya,
Bapak : Awak tak tengok anak sedara awak masuk ward ke?
Aku : Who?
Bapak : Iskandar Gen
Aku : Why?
Bapak : Sengat dek Lebah.
Aku : How many?
Bapak : One
Aku : MUHAHAHAHAHA. How is he? Boleh makan tak?
Bapak : Makan, bolehh..
Aku : Boleh makan OK la. Lambat lagi matinya.
Then both of us burst into laughter.
Aku : Who?
Bapak : Iskandar Gen
Aku : Why?
Bapak : Sengat dek Lebah.
Aku : How many?
Bapak : One
Aku : MUHAHAHAHAHA. How is he? Boleh makan tak?
Bapak : Makan, bolehh..
Aku : Boleh makan OK la. Lambat lagi matinya.
Then both of us burst into laughter.
2. Eksyen giler aku punya respond kan? Kenapa? Sebabnya, 30 tahun dulu (Kalau ikut tarikh hari ni la 2019) masa aku form one, aku kena sengat dek 13 ekor Penyengat. Ulang semula ya, tiga belas ekor (nak beri factor dramatic, hehe) Sumpah cakap nasib baik tak mati je. Badan aku naik gegata, kuku, bibir jadi biru dan badan menggigil sejuk.
3. Kekiranya kalau lambat sikit lagi pergi klinik, , racun sampai jantung, boleh lah tengok nama aku kat batu nisan je pastu. Doktor cakap, racun tu dah masuk dalam sistem badan, nadi dah jadi perlahan, sebab tu aku menggigil sejuk.
Itu dialog yang aku ingat la. Doktor geram, kenapa lambat bawa aku ke klinik? Hehehe..ntah, ingat setakat kena sengat penyegat tak jadi pepe kut, lain la kalau lLebah ke Tebuan ke..haa..yang tu baru la serius.
4. Sebab tu la aku dengan Tok Wan ( Arwah Bapak aku la ni) tergelak bila dengar cucu dia sengat dek lebah seekor sampai masuk hospital.
5. Dan masa pun berlalu, 30 tahun kemudiannya... pada tahun 2019...
6. Sabtu 23rd February, 2019. Aku ke Ulu Cheka Jerantut nak pergi tengok Bunga Rafflesia. It just a 2 hours tracking (maximum) in the jungle untuk tengok bunga special ni.
7. Aku ikut group yang memang berpengetahuan dan berpengalaman dengan hutan di Ulu Cheka ni. Bak kata orang puteh penjajah, setakat Hutan Ulu Cheka tu, just at the back of their hand je. I trust them with my life. Dah 3 kali aku follow group ni. Dan lagi satu, Guide group ni holding a valid licence as a tour guide. Bukan main sondol je la maksudnya.
8. I consider myself as unluckily very lucky person.
9. Sebabnya, ikut plan asal, 2 anak saudara I age 16 and 18 akan ikut, tapi last minute cancel. Aku dah mati kutu. Aku jek jek Wawa nasib baik la awek sorang ni kebetulan free dan adrenaline junkie, so dia sudi ikut. Yeay!
10. Sebelum jouney ke taman bunga dalam hutan tu (chewah) tengok2 ada 2 familiar faces. Ali UluCheka Trip dan Atta ada sekali. Hip! Hip! Hooray! Atta memang aku dah tahu dia akan ikut (sebab tu aku join) dan Ali was a big bonus, sebab tak sangka Pengantin Baru ikut sekali. Hehehe..
11. Dengan izin, nak puji Ali sekejap. Pada pendapat aku, Ali ni adalah seorang yang balance tenaga tegas dan tenaga tenang nya. Dia punya energy tegas tu, dia boleh buat gajah pun dengar cakap dia, dan dia punya energy tenang pula, dia boleh menenangkan gajah yang tengah panic. Nota kaki : Aku la gajah tu. Dapat? Hehehe..
12. Bila nak sampai cerita hutan ni weh...
13. Ok lah..dari Lata (tak ingat nama) naik 4 wheel dalam 10 minit, pastu kami start our journey. Paling muda adik umur 14 tahun (kut) comel je..aku soal soal dia..dia segan2 nak jawab. Dan paling senior a male teacher age 50 who came together with his 17th years old male student. Cikgu ni katanya baru tukar injab jantung. Injab baru tu, aku tak tahu la berapa baru, sebab aku try juga borak2 kecik..(aku kan peramah) tapi dia tak berapa layan, mungkin sebab aku tak kacak kut.
14. So, kami jalan jalan jalan jalannnnnnnnn….everything perfect! Belajar tentang petua masuk hutan, what do and what don’t, belajar nama nama pokok kayu, khasiatnya dan tengok kesan kuku beruang matahari. Namanya "Sun Bear" tapi aktif waktu malam. Nak tahu lelebih, sila join group ni ya. InsyaAllah, tak rugi. Bayarannya berpatutan dan ilmunya lumayan. Lagipun, bukan semua ilmu ada dalam buku Teks terbitan KPM.
15. Kami berhenti melihat sebatang pokok yang cantik. Semua peserta ambil kesempatan posing kat pokok tu, kecuali aku dengan Wawa sebab kami nak possing puas2 time balik nanti.
16. Dah habis depa posing, kami sambung journey, I was behind the Cikgu. Baru start 2 3 langkah tetiba ada menda mencucuk di belakang peha. Bodoh sakit! Macam kena cucuk jarum. So I tepis dan menda tu hilang. I thought it as an ant. So dalam hati lega, sebab “mende” bukan dalam seluar.
17. Pastu Cikgu depan aku tetiba menjerit. Rupanya dia kena sengat Penyengat. Owhh..baru aku tahu, tadi tu aku kena sengat Penyengat la, bukannya semut.
18. Pastu, tak pepasal, tett! Aku kena sengat dengan seekor lagi penyengat. Alaa..tak ada la sakit mana pun, rasa macam kena cucuk jarum size XXL je, sesaat je pun sakitnya. Aku tepis Penyengat tu..dah boleh terus jalan. (Lupa nak cerita, aku sebenarnya ada athsma, so memang inhaler (Ventolin) sentiasa ada. Sepanjang perjalanan tu, semput la juga, tapi pump sekali dan boleh sambung jalan 20 minit. Nothing serious.)
19. Lepas kena sengat tu, aku tak ingat kami berjalan berapa minit sebelum aku minta berhenti. Wawa dengan Atta were with me. The rest semua dah ke depan.
20. We stop dan Atta sempat layan rokok, Wawa makan chocolate (enjoy habis) aku dok layan ventolin. Aku yanta dia orang..(yanta? pekebende tu? Ok..typo, sebenarnya aku TANYA) weh korang panas tak tak weh? Dua dua jawab..tak lah, macam biasa je.
21. Yang aku pula, kalau bukan sebab Atta ada kat situ..mau aku buka baju kut. Sumpah pun aku rasa panas, pastu seluruh badan rasa miang. Kasut aku tetiba jadi ketat dan dada pun jadi ketat sama. Dada ni maksudnya PARU PARU bukan menda lain 😂
22. I tried to play cool. Carrying on pumping Ventolin but with no avail. Lebih 20 kali kut aku pump Ventolin tapi tak lepas masuk. Makin lama aku rasa makin tercekik. Paru paru jadi lagi ketat. Ketat sangat sangat. Nak masuk oksigent tak boleh, keluar pun tak boleh. Lemas atas darat la lebih kurang.
23. Kami panic tak masa tu? Pergghh…maunya tak panic? Atta laju lari panggil Ali dan Wawa pula tepuk2 my back sambil beri kata kata motivasi kut (hahaha) dan aku dok bernafas macam lembu kena sembelih. It was terrifying and horrible. I just cannot describe.
24. Punya la laju Atta dengan Ali berlari (gamaknya la) tetiba aku dengar Ali cakap “Akak. Mengucap kak. Mengucap” Terpana aku dengar ayat tu, terus aku doa sungguh sungguh dalam hati “ Ya Allah, janganlah aku mati dalam hutan ni Ya Allah, kesian la kat dia orang ni nak bawa mayat aku keluar.”
25. Ehh….nak sebak lak aku cerita. Ok lah..aku sambung lain kali (kalau ada permintaan.) Tapi endingnya dah tahu kan..Alhamdulillah, aku selamat.


Comments
Post a Comment