Posts

Showing posts from 2017

Persona Gunung Ledang

Image
At the very young age I have heard of Gunung Ledang. It all started from P. Ramlees' movies which was shown on Rangkaian 1, RTM on every Friday night. For as far as I can remember, only on Friday night, I won the TV battle against my 3rd brother. My Mom will joint me (The Malay movie team) where my Arwah Bapak will of course submited to her request. Come to think of it again..I think it was my Mom who won the TV battle and it wasn't me. Ceass..perasan. At home we have a  very thick grey cover colour book with the title "HangTuah" It was written in old Malay spelling. So at the young age I find it so difficult to read it. Hence I asked both my parents to tell me the story from that thick book. And they as a typical teacher, instructed me to read it my self, and should I stuck at any word I can refer it to them and they will explain it to me. And me, as a typical pemalas...till to date have never khatam that grey thick book. hahaha It was only in 2005 (I think) t...

Royal Belum break away

Image
Ringkasan Hutan Royal Belum, Wikipedia, ensiklopedia bebas. Hutan Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan hutan simpanan ini di laporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!! Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan trop...
Image
Nom the gedebe cat Jiran ai ni sebenarnya baru balik dari beli breakfast, tetiba dia nampak Nom lepak atas tembok rumah, langsung dia singgah. Rupanya dia nak mengadu kat Paduka Bonda yang kucing atas tembok tu samseng. Selalu bergaduh dengan kucing India belakang rumah dia. Hari tu bergaduh 2 lawan 1! "Hari tu Makcik, dia kejar kucing India tu terberak2 kucing tu. Bla bla bla...amboih...acah2 abang kawasan rupanya budak Nom ni. Pastu jiran tu pesan.."Baik2 Makcik haritu dia gaduh pulak dengan budak India tu sebab budak tu pukul dia pukul kucing budak India tu. Garang dia ni." Pergh...bagus2 thats my cat! Pastu Paduka Bonda jawab..."Ini kucing anak saya. Dengan saya dia OK" Yesss! Sejibik perangai Kakak  😂 😂 😂  diva gedebe! ~High5
Image
Nom 1 - Kakak 0 Garang bukan main Nom ni..ikut perangai siapa ntah la. Pagi tadi I made him promissed me that he will only be around the house if Iet him out from his cage, and he agreed. Betul la dia duduk melepak di kaki lima rumah, tiba2nya ada la kucing kembang (kembang sungguh) mai melepak kat rumah ni juga, apa lagi..Nom terus naik sheikh terkam kucing tu, I yg tengah pegang penyapu pergi hambat depa 2 ekoq sampai seberang jalan, pastu makcik jual kuih seberang jalan pun triak2 dan suami dia pun capai dahan kayu (mai mana ntah) nak pelerai depa 2 eqok. Now next imagine this...ai pakai baju duk rumah, rambut bersanggul, pakai selipar jamban, pegang penyapu pi hambat kucin sampai seberang jalan...betui2 belakang gerai juai kuih yang tengah ada customer. Hambat tu..dengan dengan terhegeh hegeh ok? Terhegeh hegeh. Aib tau..aib  😡  so ai balas dendam nak aibkan Nom balik..letak dia dalam letak tepi jalan. Padan muka! Tapi...nampak macam dia OK je melepak tepi jalan. Hu...
Image
CHAPTER #1 Ada budak tu, subuh semalam terjerit2 nak keluar sangkar, Kakak hati tisu ni lepaskan lah dengan niat lunch nanti masuk la sangkar semula. Tapi semalam Kakak kerja luar daerah, jadi budak tu banyak extra time di luar sangkar. Ditakdirkan semalam senja hujan turun dengan lebatnya dan batang hidung budak tu tak kelihatan. Tok jadi risau tak keruan, time time Magrib Tok tawaf keliling rumah sambil meneriak Anom! Anom! Tapi tetap budak tu tak muncul muncul. Selalunya..1 atau 2 minit lepas dipanggil dia akan balik..tapi semalam membawa ke Subuh dia tak balik balik..dan hujan terus bercurahan... CHAPTER # 2 Subuh hari ni tiada wake-up call nyanyian minta makan dan minta dilepaskan untuk budak itu melepaskan hajat. Subuh tadi Kakak pandang sangkar yang kosong, sambil tarik nafas dalam dalam dan cuba untuk kekal positive. Agaknya semalam hujan jadi budak itu takut berjalan di dalam hujan dan mungkin sekejap lagi balik lah budak tu. Sayup2 terdengar Tok yang selesai solat subuh a...
Image
~My win photo today!!  😍 😍 😍 ~ Dah dua hari Nom makan breakfast jer...tolak lunch..tolak dinner..tolak wet food..tolak McD semalam. Tapi tadi kakak paksa dia telan ayaq nyok 10ml. Pastu dok sat ni Nom volunteer makan 1 peha + 1/2 dada ayam goreng McD. Wahhh...terharunya kakak. ~Serius x faham..Nom x nak makan kakak nangis. Nom makan pun Kakak nangis~  😅 😅  mungkinkah Nom nak makan McD fresh jer..McD semalam dia tak mahu? Owh well Nom..ketahuilah oleh mu..Kakak sanggup beli McD hari2 asalkan awak nak makan. Kakak janji..huhuhu... 
Safer remedy for Sporo? Dok baca2 secara random medical journal (perghh..Ayu baca medical journal baqhang) baca Malaysian Law Journal 5 kes sebulan pun malas. Anyway...saya baca bab sporo kucing, dan barulah saya tahu rupanya Malaysia ni agak famous gak dengan sporo kucing sejak 1990. Di Brazil, sporo kucing ni pernah jadi outbreak la. Scary! Punya la Malaysia ni femes dgn sporo kucing tapi x ada pharmacies ke scientist ke , biologiest ke nak create ubat yang kurang merbahaya kepada internal organ kucing. Merawat kucing sporo ni, I personally think ia lebih rumit dan berisiko daripada menjaga pesakit Aids. ~risau, sedih, hopefull : All feeling mixing up~
Spora & Sperm  Spora dalam BI apa weh? Kite baru jer mengaibkan muka kite depan sorang doktor ni. Kite tanya Doktor tu, kite speaking London dengan dia, sebab Doktor ni the very vateren so penguasaan bahasa Melayu dia lemah. Soalan kite kepada Doktor tu, kalau saya terkena jangkitan Sporo (dari Nom) Doktor ada tak ubat Sporo? Doktor tu tanya la, bagaimana cara jangkitan Sporo tu? Kite pun jawab dengan confidentnya..Sporo tu berjangkit melalui sperm. Pastu doktor tu pandangggg jer kat kiter dan kiter pun kemalu maluan jadinya. Alaaaa....dulu kite belajar sains Bahasa Melayu la...mana tahu Spora dalam BI apa. Uwaaa...maluuuu... 

Mount Bongkok

Image
Projek terakhir sebelum tibanya Ramadhan Al Mubaraq. 6 & 7 Mei, 2017 kami (5 peserta + 3 guide) ke Mount Bongkok & Lata Berembun yang letak nya di Mukim Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.  Mount Bongkok boleh dikatakan gunung yang masih belum ramai menjejakinya, masih asli dan tiada langsung palitan komersial. Tiada arah papan tanda, tiada tangga buatan manusia. Tetapi tali untuk membantu pendaki dan ada juga tanda penanda arah yang serba ringkas ada lah disediakan. Pada awalnya saya dimaklumkan oleh Fairuz Abas (Guide kami) bahawa untuk mendaki Mt. Bongkok lebih kurang seperti mendaki bukit terakhir di Mt Jubar 1. "satu bukit jer kak..memang mencanak tapi bolehnya". Errmm..dipendekan cerita..bahagian azab hanyalah 100 meter terakhir sebelum ke puncak. Panjat batu yang hampir 90° tegak dengan menggunakan tali. Hehehe... try la sendiri memang best. Owhh lupa, sebelum ke kaki Mt Bongkok kami menaiki 4x4, nak berjalan kaki pun boleh, tepuk dada tanya selera. ...
Image
A can name Nom : into the 10th month Budak Nom ni 3 hari x balik rumah. Tadi dekat nak berbuka dia balik! Telinga bercalar, kaki kanan depan bengkak x leh pijak betul2, kuku kaki belakang tercabut. Dia pergi berperang ke mana entah lah. Ni dia tengah qada' tidoq kalau ada earth quake pum rasanya x sedar ni. Sigh...ini la kaedohnya ada anak bujang, dia buat hotel sungguh. 
Image
Di mana dia anak kucing saya? Budak kucing ni kan, dia baru balik setelah keluar tak balik balik selama 60 jam. Dia balik dengan kusutnya, dengan misai kiri kena cakarnya dan dengan one kind of attitude. Garang bukan main..hamboih hamboih hamboih. Kakak rasa nak pergi buat virginity test jer kat budak kucing ni.  ~Sunat kang aa...tapi hati kakak lak x sampai~ 

Prinsip -vs - Reputasi

Howdy! Kes jenayah. Jika sabit kesalahan penjara tidak kurang dari 2 tahun tidak lebih dari 5 tahun dan sebatan sekurang-kurang dua sebatan. Kes ini tidak la seserius mana. But again, when we talk about someone butts and liberty.. nothing comes light. Lawyer dilantik bagi tujuan untuk membela Orang Kena Tuduh (OKT) selain memastikan mereka dibicarakan dengan seadilnya sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Article 5(3). Sekiranya OKT didapati bersalah pada tahap melampuai keraguan munasabah maka Mahkamah secara adilnya akan menjatuhkan hukuman. Lazimnya orang ramai dimomok momokkan melalui rancangan TV yang lawyer adalah makhluk jelmaan toyol..pelesit...pontianak..nak glamer sikit draculla sbb menghisab darah. But again as said before when it comes to one's liberty apalah sangat duit. Duit boleh cari..tapi kebebasan. KEBEBASAN MESTI DIPERJUANGKAN.

Mount Jubar 1

Image
Gunung Jubar 1 / Mount Jubar 1  (MJ.1)  terletak di Kg.Tengah Ulu Cheka, Pahang berketinggian 1541m, total perjalan pergi balik 24.5km . Oleh kerana MJ.1 baru dirintis maka untuk newbies sempot macam saya ni..perjalan pergi dan balik huhu boleh tahan punya azab tapi syiok!  08-04-2017 :   Kami ber-20 orang ( temasuk 1 guide & 2 porter) memulakan perjalan dari Sekolah Rendah Pawang Nong, Kampung Tengah, Ulu Cheka dengan menaiki 4x4. Untuk sampai ke kaki gunung perjalan kurang lebih 12km dan mengambil masa 15 minit.  10am : Guide (Ali) briefing. Ringkasnya, matlamat pada hari ini kami akan ke camp-side ( Batu Gugup). Untuk sampai ke Batu Gugup kami akan melalui 3 check-point. Estimate perjalanan adalah 7 jam (tapi saya tanpa segan silu telah membuat 9 jam) Theee....newbies semput. Kira ok lah tu.  Seterusnya..biarlah gambar berbicara.... Diperkenalkan, Ali = Guide kami. Perjalan ke kaki MJ.1, 12km kurang lebih 15 minit.  ...