An interview with Cikgu
Ramadan 26 di AlAqsa. Kami satu saf tadi, sementara menunggu masuknya waktu Zohor aku bersapa sapa dengan perempuan ini. Dia dari Bethlehem sebuah tempat dalam negara Palestine di sebelah utara Jerusalem, juga dibawah kuasa Isreal.
Banyak dia bertanya tentang Malaysia dan memberi komen tentang Malaysia. Katanya, Malaysia is a beautiful country. The weather is fine, its near Khatulistiwa. The country is clean.
Ok..she able to communicate in English and quite knowledgeable. Aku pun tembak..are you a school teacher? And of course macam biasa, kalau aku tembak jer sure betul 😁
aku tanya dia, selalu ke datang AlAqsa? Jawabnya tidak. Dia tak dapat masuk AlAqsa anytime dia suka, dia cuma dapat permit masuk AlAqsa sekali setahun sahaja iaitu pada bulan Ramadan. Permit pula hanyalah sah untuk 10 hari. Kalau langgar permit dia akan dipenjarakan serta didenda. Dia menjawab sambil peluk erat anaknya yang berusia 4 tahun 4 bulan tersebut.
Aku tanya lagi, suami boleh masuk AlAqsa tak, dia jawab boleh dengan permit yang sama juga. Lepas tu dia sambung..AlAqsa itu hanya 1 jam dari Bethlehem tetapi dia boleh mengimarahkannya hanya 10 hari dalam setahun, and that make her sad.
Allahu.. bila aku fikir2 semula..aku pun dapat permit 10 hari jer, tapi mungkin sebab aku ni dari Malaysia so jauh dari Al Aqsa, maka aku tak terasa sangat sedihnya. Mereka ni...bumbung masjid tu hari2 boleh nampak..tapi sayangnya kaki tak boleh menjejak. Tiba2 aku syahdu... #AuraAlAqsa
Comments
Post a Comment