Gunung Jubar 1 / Mount Jubar 1 (MJ.1) terletak di Kg.Tengah Ulu Cheka, Pahang berketinggian 1541m, total perjalan pergi balik 24.5km . Oleh kerana MJ.1 baru dirintis maka untuk newbies sempot macam saya ni..perjalan pergi dan balik huhu boleh tahan punya azab tapi syiok! 08-04-2017 : Kami ber-20 orang ( temasuk 1 guide & 2 porter) memulakan perjalan dari Sekolah Rendah Pawang Nong, Kampung Tengah, Ulu Cheka dengan menaiki 4x4. Untuk sampai ke kaki gunung perjalan kurang lebih 12km dan mengambil masa 15 minit. 10am : Guide (Ali) briefing. Ringkasnya, matlamat pada hari ini kami akan ke camp-side ( Batu Gugup). Untuk sampai ke Batu Gugup kami akan melalui 3 check-point. Estimate perjalanan adalah 7 jam (tapi saya tanpa segan silu telah membuat 9 jam) Theee....newbies semput. Kira ok lah tu. Seterusnya..biarlah gambar berbicara.... Diperkenalkan, Ali = Guide kami. Perjalan ke kaki MJ.1, 12km kurang lebih 15 minit. ...
Projek terakhir sebelum tibanya Ramadhan Al Mubaraq. 6 & 7 Mei, 2017 kami (5 peserta + 3 guide) ke Mount Bongkok & Lata Berembun yang letak nya di Mukim Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Mount Bongkok boleh dikatakan gunung yang masih belum ramai menjejakinya, masih asli dan tiada langsung palitan komersial. Tiada arah papan tanda, tiada tangga buatan manusia. Tetapi tali untuk membantu pendaki dan ada juga tanda penanda arah yang serba ringkas ada lah disediakan. Pada awalnya saya dimaklumkan oleh Fairuz Abas (Guide kami) bahawa untuk mendaki Mt. Bongkok lebih kurang seperti mendaki bukit terakhir di Mt Jubar 1. "satu bukit jer kak..memang mencanak tapi bolehnya". Errmm..dipendekan cerita..bahagian azab hanyalah 100 meter terakhir sebelum ke puncak. Panjat batu yang hampir 90° tegak dengan menggunakan tali. Hehehe... try la sendiri memang best. Owhh lupa, sebelum ke kaki Mt Bongkok kami menaiki 4x4, nak berjalan kaki pun boleh, tepuk dada tanya selera. ...
Look at what I found in Pasar Temerloh. Koi :Cantik la, tangkai dia pun daun pandan juga ya. Makcik buat sendiri ni? Makcik Pasar : A'ah buat sendiri je. Bunga buat letak di meja kalau orang kenduri kawin tu yek. Buat hantaran bertunang pun boleh juga. Koi : Berapa se ni Makcik? Makcik Pasar : Se tu RM3 ambik 3 Makcik beri RM5 je. Ambil la dik kalau nak bertunang. *Koi kerenyeh ke Makcik tu pastu koi jawak : Saya boipren pun tak ande Makcik gooner nak bertunang 😂 . Takpa la Makcik, saya nak tengok je. Huhuhu..tak guna punya budak.
Comments
Post a Comment